KedahOnline v6.0 - Komuniti Kedah [ FREE!! Media & Software Downloads - Forum - Chat - Gallery ]
  .:: Utama :: Downloads :: Forum :: Akaun Anda ::.  


Jom Klik Sini
Menu KedahOnline
 Laman Utama :
 Muka Depan
 Kirim Artikel(Sumbangan)
 Koleksi Artikel
 Senarai Artikel
 Keahlian :
 Senarai Ahli
 Akaun Anda
 Komuniti :
 Feedback
 Beritahu Rakan
 Forum
 
 Downloads
 
 Stats :
 Statistik
 Top 10
 Survey
 Dokumen :
 Pengiklanan
 Novel & Karya
 Tutorial
 Peraturan
 FAQ
 Diari
 WebTeam
 Perkhidmatan Kami :
 Galeri Gambar
 Cuaca
 Games@KOL
 MP3 Player
 KOL Friendmate
 Hantar Tutorial
 Lirik
 Iklaneka
 Quran
 Resepi
 Jerkah
 KOL Messenger
 Takwim
 Sumbangan Anda
 KOLTube

 Menu Tambahan :
Tambah Bookmark
Email WebTeam

Sebanyak

muka laman kami telah dikunjungi sejak June 2003

Menu Pengguna
Salam! Tetamu

  Daftar
  Lupa Password

Nama Samaran

Katalaluan

 

Membership
Terbaru: RobBanks
Hari Ini: 2
Semalam: 32
Keseluruhan: 51840

Online Sekarang [53]:
Pelawat: 51
Ahli: 2

Ruang Iklan

Klik Dapat Wang

Gali Duit

Jom Buat Duit

Jom Buat Duit

Menjual Produk Kesihatan Dalaman Suami Isteri

Zaimah Homestay

Al-Jabbar

Get Free your own name.bub.my blog, Lets bub with us !

High-Tech Nutrition



Kenali Jenis Lelaki
Remaja minahkedah menulis "
Sukar untuk mengenali hati budi seseorang namun kamu mungkin boleh meramal sifat atau perangai seseorang menerusi perlakuan hariannya. Ruangan kali ini memberi peluang kepada pembaca untuk menilai dan memahami ciri-ciri lelaki tertentu sekadar untuk panduan agar kamu lebih memahami kehendak dan kemahuan insan yang bergelar lelaki. Mungkin ada yang sedang memerhati rentak lelaki idamannya dalam diam... ha, kaedah ini mungkin boleh membantu kamu menilainya!

Klik Baca lagi untuk melihat jenis2 lelaki


LELAKI TAKUT KOMITMEN

Personaliti:

Bukan tiada teman istimewa, ada kalanya hubungan yang terjalin antara dia dan teman istimewanya bertahun-tahun lamanya! Namun keinginan untuk membina sebarang ikatan rasmi tidak pernah wujud dalam dirinya. Karier dan kehidupan sosialnya sering menjadi keutamaan dalam hidup. Tidak hairanlah sekiranya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman.


Kesimpulannya:

Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka pada mu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.



LELAKI RASIONAL


Personaliti:
Keperibadian mereka tergambar menerusi penampilan luarannya. Semangat yang tinggi dan komited terhadap kerja memperlihatkan sikap rajin mereka itu. Ramai yang beranggapan lelaki dalam kategori ini berpewatakan serius dan sukar untuk diajak bergurau kerana sikap tekun yang wujud dalam dirinya itu. Selain itu mereka suka memendam perasaan dan kerana sikapnya itu kadangkala dia berubah menjadi seorang yang agak pemarah.


Kesimpulannya:
Biarpun kelihatan seakan dibebani dengan pelbagai tugasan namun lelaki yang tergolong dalam kategori ini sentiasa bersemangat dan gigih berusaha demi mencapai kejayaan. Pemikiran rasional menjadikan mereka individu yang positif. Percayalah, lelaki rasional ini boleh diharap dan bersedia melaksanakan tanggungjawab mereka itu tanpa sebarang halangan. Keluarga adalah segala-galanya bagi mereka ini.



LELAKI KONSERVATIF


Personaliti:
Pemikiran dan perwatakannya konservatif memperlihatkan dirinya serba sederhana. Sikapnya yang gemar memerintah dan sentiasa berfikir bahawa seorang lelaki perlu dihormati dan disanjung memperlihatkan sifat egonya yang agak tinggi. Dari sudut positif yang ada pada diri individu yang tergolong dalam kategori lelaki konservatif ini, mereka bijak mengatur perbelanjaannya.


Kesimpulannya:
Berfikiran matang dan bersedia memikul tanggungjawab menjadikan diri mereka mampu bertindak sebagai pemimpin dan ketua. Bagi lelaki konservatif ini, mereka sering mencari pasangan yang mampu memberikan ketenangan dalam hidupnya.



LELAKI HIPOKRIT


Personaliti:
Ego dan gemar mementingkan diri sendiri adalah sifat utama yang ada dalam diri mereka. Berlakon dan gemar berpura-pura menjadi mainan rasmi dalam hidupnya. Mereka juga gemar mengambil kesempatan atau menindas orang lain demi untuk kepentingan dirinya sendiri. Awas!


Kesimpulannya:
Sememangnya lelaki sebegini harus dijauhi. Sikap hipokrit dan gemar berpura-pura membuktikan bahawa dia juga seorang penipu! Jangan mudah terpengaruh dengan rupa paras dan kemewahan yang dimiliki!



LELAKI ANTI PEREMPUAN


Personaliti:
Sering memberi kritikan terhadap golongan wanita dan beranggapan wanita sering menyusahkan dan membebankan mereka! Sikap tidak gemarkan kanak-kanak juga boleh dilihat dengan jelas dalam diri mereka. Sebaliknya mereka gemar menghabiskan masa dengan mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi peribadi.


Kesimpulannya:
Jangan salah tafsir terhadap individu yang sedemikian. Hakikatnya mereka juga mempunyai teman istimewanya sendiri, namun di sebalik sikapnya itu tersembunyi suatu perkara yang sukar untuk dijangka. Mereka mempergunakan wanita untuk kepentingannya sendiri! AWAS dengan lelaki sebegini kerana mangsa mereka adalah wanita yang mampu menuruti segala kehendaknya.



LELAKI PLAYBOY


Personaliti:
Sentiasa berpenampilan menarik dan peka terhadap perkembangan dunia fesyen semasa. Secara tidak langsung mereka bijak mengguna kelebihan yang mereka miliki itu untuk memenangi hati individu yang mereka suka. Karisma yang ada dalam diri menjadikan mereka sering mendapat perhatian! Bukan itu sahaja, malah mereka memang bersifat romantis dan mulut ‘manis’.


Kesimpulannya:

Menyentuh soal komitmen, itu adalah isu yang paling digeruni oleh individu dari golongan ini. Sebaliknya mereka lebih gemar berseronok dan mendampingi ramai wanita dalam satu masa kerana bagi diri mereka ia adalah satu kelebihan istimewa yang ada dalam dirinya.


LELAKI BERWAWASAN


Personaliti:

Biarpun dia seorang yang pendiam namun individu di sekelilingnya mudah tertarik dengan sikap itu. Lelaki sebegini sering melahirkan idea yang rasional dan logik. Fokus utama dalam hidupnya adalah kerjaya dan ada kalanya ada yang beranggapan lelaki sebegini terlalu mementingkan kerja dari yang lain. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Kebanyakan mereka juga tidak suka terikat dengan komitmen terlalu awal.


Kesimpulannya:
Wajar kamu cuba menghampiri individu sebegini. Sikapnya yang berwawasan dan berfikiran jauh ternyata mampu menjamin masa hadapan. Pasangan yang paling sesuai untuk individu sebegini adalah wanita yang bijak berdikari kerana kesibukannya memaksa pasangannya untuk berdiri di atas kaki sendiri, namun ini tidaklah bermaksud dia akan melupakan terus tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki.
"


Kiriman pada Sunday, October 05 @ 00:00:59 EDT oleh Matnet

 
Related Links
· More about Remaja
· News by Matnet


Most read story about Remaja:
Bacaan Perempuan Sahaja


Article Rating
Average Score: 0
Undian: 0

Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options


The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.


No Comments Allowed for Anonymous, please register


Re: Kenali Jenis Lelaki (Score: 1)
oleh watina pada Sunday, October 05 @ 19:38:19 EDT
(User Info | Send a Message)
ERMMM.....
WALAU APA PUN FIRASAT KITA MENGENAI LELAKI ATAU SEBALIKNYA...LELAKI TAK DAPAT DIPISAHKAN DARI PEREMPUAN ATAUPUN SEBALIKNYA......BAK KATA PEPATAH IBARAT LAGU DAN IRAMA DAN LAGU..KALAU DIPISAHKAN JUGA PINCANGLAH IRAMA.....LELAKI MEMERLUKAN KASIH SAYANG SEOARANG PEREMPUAN DALAM HIDUPNYA BAGI MENYERIKAN LAGI HIDUP MEREKA.. ...BEGITU JUGA KAUM HAWA...MEMERLUKAN PERHATIAN DAN JUGA KASIH DARI MEREKA..........



Re: Kenali Jenis Lelaki (Score: 1)
oleh Dr_cute pada Monday, October 06 @ 20:12:04 EDT
(User Info | Send a Message)
baru aku tau X BF aku bodoh cam carlos raul!!marah neh


]


Re: Kenali Jenis Lelaki (Score: 1)
oleh pacat pada Tuesday, October 14 @ 09:50:42 EDT
(User Info | Send a Message)
memang tak dapat nak dinafikan lelaki memerlukan wanita....tapi igat...
lelaki boleh idup tanpa wanita...sebalik nye
wanita x boleh idup tanpa lelaki


]




Re: Kenali Jenis Lelaki (Score: 1)
oleh nea_nellysha pada Saturday, November 01 @ 19:58:16 EST
(User Info | Send a Message)
AssaLaMuAlAiKUm...

Boy n GiRL Tdk DpT DiPiSaHkAn....IbArAt MunCulNyA AdAm n HaWa....
Boy MeMeRlUkAn GiRl DiSaMpIngNya....BeGiTu JuGa SeBaLikNyA....
AllAh JugA SuDaH MeNeNtUkAn...SeTiAp InSaN SuDaH DiTeTaPkAn JoDoHnyA...
DiSiTuLah BerTeMuNya SaTu IkaTan YaNg AbAdI Di DuNia Ini....
IkAtAn YaNg MeNjAdI PeNyAmBunG GeNeRasi UmAt MaSa KinI....

WaSALam




:: Theme PHPNuke redesign by Wan ::

KedahOnline v6.0
Laman Komuniti Untuk Semua
[ KOL Flash Games | Lirik | Iklaneka | Al-Quran | KOL Messenger | Waktu Solat ]

Sila Baca Penafian,Syarat-syarat & Peraturan & FAQ Sebelum Melayari Forum Kami.

Komuniti KedahOnline adalah kelolaan dan inisiatif golongan Warga Negeri Kedah. Ia tidak ditadbir atau diuruskan oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah. Harap Maklum.

Kedahonline.net : Download Mp3 Melayu/Inggeris/Software Handphone, Artikel, Tutorial
Galeri, Games, Pengiklanan, Messenger & Lain-lain.

Best viewed with resolution 1024 x 768.